nuffnang ads

Tuesday, March 18, 2014

Resepi: Daging Masak Lada Hitam (Black Pepper)

Assalamualaikum...

Daging Black Pepper

Da lame rasenye daku tak share resepi kan walaupun boleh dikatakan setiap minggu daku buat kek/kuih & sememangnya setiap hari memasak. Husband yang penyayang da cakap, hari2 makan makanan sayang bila makan masakan kedai lain rasenye. Adoiii gigih la daku memang siapkan bekal untuk suami pergi kerja. Takpelah selagi mampu daku nak berbakti dengan suami.

Husband sebelum ni minat dengan 1 menu kat kedai yang selalu dikunjunginya sebelum berkahwin dulu iaitu nasi goreng black pepper. So jom kita cuba

Resepi:

500gm Daging lembu (dihiris nipis)
1 sb Serbuk lada hitam
1 sb Serbuk kunyit
2 sb Sos lada hitam
2 sb Sos cili
1 sb Sos tiram
Kentang & lobak merah secukupnya
Garam secukupnya

Bahan dikisar:
1 biji Bawang besar,
2 ulas Bawang putih,
2 cm Halia

 Cara menyediakan:
1) Perap daging lembu bersama serbuk kunyit dan serbuk lada hitam selama 30 minit
2) Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau
3) Masukkan sos lada hitam, sos cili dan sos tiram. Kacau sehingga sebati
4) Masukkan daging lembu yang telah diperap tadi dan kacau rata
5) Masukkan air dan garam. Masak sehingga daging lembu 3/4 empuk (dalam 1 jam)
6) Masukkan kentang dan lobak merah
7) Masak sehingga semua bahan empuk (setengah jam) dan sedia dihidang bersama nasi panas atau roti nan

*sentiasa tambah air jika air sudah kering tetapi daging masih liat
*terdapat petua kalau nak cepat empukkan daging boleh letakkan daun nangka ke dalam masakan. Ala orang sekarang guna periuk tekanan je kan.

 ~SEKIAN, WASALAM~

1 comment:

jemput komen..