nuffnang ads

Tuesday, December 3, 2013

Resipi: Ice Cream Homemade

Assalamualaikum... 

 Displaying photo.JPG

Ha musim2 hujan banjir ni ade tak yang nak makan ais krim? Ala kalau dah teringin ape salahnye kan....Daku pun teringin nak buat jugak ais krim homemade yang tengah glemer sekarang ni katenye senang je buatnya. so search2 kat internet, banyak sumber daku bukak n macam2 cara membuatnya. So daku ambil 1 dan olah ikut suka2 hati daku (bak kata Chef Ammar-Masak Dari Hati, Masak With Iman). Jadilah vanila ice cream mixed with milo ice cream.

Resipi:
1 tin Susu Cair/Susu Segar (400ml)
1/4 tin Susu Pekat
1 sb Ovallete
1 sb Tepung Jagung
1 sk Esen Vanila
1 bj Telur
Perasa Digemari

Cara Membuat:
1) Satukan susu cair, susu pekat, tepung jagung serta esen vanila di dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan
2) Setelah agak-agak panas, matikan api dan sejukkan adunan
3) Tuang adunan ke dalam mangkuk adunan dan tambah telur serta ovallete.
4) Pukul adunan 15-20 minit sehingga adunan likat
5) Tambah perasa  yang dikehendaki
6) Tuang dalam acuan dan keraskan di dalam peti sejuk beku

*Fungsi tepung jagung adalah bagi mengelakkan ais krim mencair dengan cepat apabila kita keluarkan dari peti sejuk. Adunan perlu dipanaskan diatas api bagi membolehkan tepung jagung dimasak.

 Displaying image.jpeg
 banyak jugak dapat dalam 2 liter ais krim dari adunan yang dibuat.

mula2 daku plan nak letak calam cawan cupcakes tapi bila da ambil bekas besar tu terus je menuang x sempat da nk cedok2. Alhamdulillah menjadi ais krim daku. Lepas ni kalo kene ulser bleh la buat ais krim sendiri,  payah g McDonald

 ~SEKIAN, WASALAM~

1 comment:

  1. pergh.. buat sendiri.. hebat..
    saya tau buat ais krim malaysia tu je.. heheh

    ReplyDelete

jemput komen..