nuffnang ads

Sunday, December 15, 2013

Resepi: Bubur Kacang Hijau

Assalamualaikum...


Antara hidangan untuk minum petang yang daku paling rajin nak buat adalah bubur kacang hijau. kat rumah ni memang ada simpanan kacang hijau sebab ia tahan lama. nak buat sangat mudah dan senang plus tak memerlukan banyak tenaga. husband pun suka makan bubur kacang hijau ni.

Bahan-bahan:
Kacang Hijau
Halia
Bawang Putih
Gula Melaka
Santan

Cara membuat:
Sukatan adalah mengikut citarasa sendiri
Rebus kacang hijau di dalam air sehingga kacang menjadi lembut dan pecah. Setelah kacang lembut tambahkan halia, bawang putih, santan bersama gula melaka. Biarkan mendidih untuk seketika dan siap untuk dihidangkan.

Catatan: Boleh juga menggantikan santan kepada susu cair untuk cara memasak yang lebih sihat. tetapi bagi daku bila guna susu ni hasil bubur kurang berlemak. Juga boleh ditambah biji sagu ke dalam bubur untuk memberikan tekstur kekenyalan.

 ~SEKIAN, WASALAM~

No comments:

Post a Comment

jemput komen..