nuffnang ads

Tuesday, November 5, 2013

Sup Tulang Daging Korban Awal Muharam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah harini tertunai hasrat hati nak membuat sup tulang daripada daging korban yang disedekahkan orang kepada kami. Dah berapa kali keluar masuk freezer harini masuk jugak ia ke dalam periuk.

 Ni la rupa sup daging korban yang daku buat

 

Rebus tulang sampai empuk daku ambil masa 3 jam untuk pastikan daging betul-betul empuk dan terlerai dari tulang secara semulajadi. 

Bahan-bahan yang daku tambahkan cuma sup bunjut, bawang merah, bawang putih, halia, kentang, lada hitam, lada sulah serta garam.

Daku sediakan sekali nasi himpit dengan sambal kicap style johor. Lebih gembira bila suami makan dengan berselera. Bertambah-tambah die makan. x sia-sia rebus tulang sampai 3 jam + setengah jam tuk reneh bahan2 lain.




Berbaloi-Baloi

~SEKIAN~

No comments:

Post a Comment

jemput komen..