nuffnang ads

Sunday, November 17, 2013

risiko mengambil ubat semasa menyusukan anak

Assalamualaikum..

Kan hujung bulan lepas daku diserang demam. risau jugak rasa hati nak mengambil ubat sebab sedang menyusukan anak kan. Takut ade risiko ubat menyerap ke dalam susu badan dan memberi kesan tidak selamat pada anak tersayang. Alhamdulillah seminggu sebelum demam tu daku ada terbaca risalah berkenaan pembambilan ubat semasa menyusukan anak ni. Boleh la daku amalkan.



Bagi mengurangkan risiko daripada ubat yang diambil oleh ibu kepada anak, bolehlah diamalkan:
  • ambil ubat jika anda betul-betul perlu setelah berbincng dengan doktor atau ahli farmasi
  • pemilihan ubat dan dos yang sesuai
  • pilih ubat luaran seperti krim, ubat sedut, ubat titis berbanding ubat yang perlu dimakan seperti pil, kapsul atau sirap
  • masa yang sesuai untuk mengambil ubat adalah selepas anda menyusukan bayi. Ini untuk memastikan kepekatan ubat adalah yang paling minima di dalam susu ibu semasa penyusuan seterusnya
  • lebih baik mengambil ubat selepas menidurkan bayi tang tempoh tidurnya lebih lama



TAK PERLU BERHENTI MENYUSUKAN SUSU BADAN KEPADA BAYI ANDA SEKIRANYA ANDA PERLU MENGAMBIL UBAT. BERBINCANGLAH DENGAN DOKTOR ANDA.

~SEKIAN~

No comments:

Post a Comment

jemput komen..