nuffnang ads

Tuesday, November 12, 2013

Menyerah Diri Di Hospital

Assalamualaikum

Harini daku bersiaran awal. Sarapan pun da siap masak. Harini hari temujanji husband tuk check-up kat KPJ Seremban. Diam tak diam dah hampir 3 bulan kejadian kemalangan yang menimpa suami pada 16.08.2013. Dan 17.09.2013 pulak anakanda tercinta masuk ward tuk pneumonia.

Harini insyaAllah husband nak check-in KPJ sekali
sbb nk sambung insurans. Insurans cover tuk 2 bulan je dari tarikh kejadian. Memandangkan setiap minggu kene g fisioterapi yang mana kosnya agak mahal la jugak RM69 per sesi. Kalau nak suruh insurans bayar kene la admit hospital semula. Macam-macam hal kan.

Info: Bila kita masuk hospital dan memerlukan rawatan susulan, insurans cover untuk dua bulan sahaja. Kalau nak suruh insurans cover untuk bulan ketiga dan seterusnya kene masuk ward semula dan insurans akan cover untuk 2 bulan seterusnya. Berbeza dengan kes kritikal iaitu kanser, selepas tempoh lindungan 2 bulan tersebut, pesakit boleh mengeluarkan bayaran sendiri terlebih dahulu dan buat tuntutan terus kepada syarikat insurans. ///bagi insurans AIA ING.

~SEKIAN~

No comments:

Post a Comment

jemput komen..