nuffnang ads

Friday, December 28, 2012

ANTENATAL CLASS

Assalamualaikum...

bagi ibu bapa yang menantikan kehadiran anak sulung, diharuskan untuk pergi kelas antenatal @ dipanggil kelas keibubapaan.... kelas ni diwujudkan bagi memberi pengetahuan kepada bakal ibu dan bakal bapa dalam membuat persediaan mental dan fizikal dalam menyambut kelahiran anak mereka =)

daku semasa diarahkan untuk pergi ke kelas antenatal ni kali pertama dulu daku tak ambil port sangat. yelah dgn cuti da xde lg, dgn asyik lmbt masuk office lg. tp kali kedua diarahkan, Alhamdulillah terbuka juga hati daku untuk pergi. lgpn doc da ckp yg akan diberi MC, so x perlu risau nk mntk cuti =)

daku hadir ke kelas antenatal di Klinik Kesihatan Masai. diceramahkan oleh pakar perbidanan Dr Rohayah binti Abdullah. Daku bersyukur datang ke kelas ni kerana banyak ilmu yg diperolehi.

~ mengandung ni perlu dirancang. xde istilah "TER" ke, "eksiden" ke.... sbb tu lah persiapan perlu dilakukan. bagi ibubapa yang memang merancang untuk mengandung boleh dilakukan 3 bulan persiapan iaitu 3 bulan sblm mengandung da boleh amik asid folik, tuk pastikan anak punya khasiat.

~menunggu 2 tahun untuk mengandung anak seterusnya diharuskan kerana pada tahap ini badan ibu baru betul2 bersedia dan pulih dari kecederaan semasa proses hamil dan kelahiran sebelumnya. so bapa2 juga perlu ambil peranan ye.

~3 bulan pertama perlu dititikberatkan kerana time ni la pembentukan anggita badan anak sedang berlaku. dapatkan nasihat doktor n elakkn perkara yg boleh membantutkn pertumbuhan anggota tubuh badan anak

~semasa anak 5 bulan dia da bleh respond pada persekitaran. kalo nk anak jadi doktor bleh la baca buku kedoktoran start 5 bulan ni....xperlu tgu anak lahir.

~ditunjukkn juga penyakit yg berbahaya seperti sifilis, HIV & AIDS yg berbahaya pada anak. minta dijauhkan....

~perkembangan anak dari minggu pertama hingga minggu ke 40... daku sangat terharu

~demo memandikan anak turut diadakan. istimewanya di KK Masai ni dorg wat demo guna BABY SEBENAR. ye anak sape ntah yg beruntung tu kn. comelnye.....misi pesan, lepas ni mandikan anak sendiri jgn suruh mak, hehe bleh ke?? boleh punya =)

~apa yang diakatan dengan sakit bersalin? mula2 ibu akan rasa perut mengeras....setiap 20 minit, step ke 2 setiap 10 minit dan seterusnya apabila setiap 5 minit sakit ibu akan dibawa ke bilik bersalin. sbb tu penting ibu2 tuk pakai jam sbb doc akn tanya pukul berapa sakit??????

~demo mcm mane nk handle sakit bersalin juga ditunjukkan. mcm mane kedudukan nnt masa nk bersalin, juga bantuan yg boleh diberikan oleh si bapa semasa ibu dalam proses kelahiran. daku mmg fokus bab ni sbb ni la tujuan utama daku datang. yelah dgn husband jauh, manelah tau kn kene hadapi sorg2 (minta dijauhkan)

~perlu difikirkan kaedah perancangan keluarga yang ingin diambil selepas bersalin. kaedah kira sendiri x digalakkan kerana x semestinya betul pun kita kira, lgpn hormon akn berubah....takut kitaran haid pn berubah, kang TERRRR pada tarikh subur kang...jeng3 huhu

Kelas keibubapaan di KK Masai diadakan 2 minggu sekali, hari jumaat. start kul 8 tu daftar, kul 10.30 ade rehat (best dpt mkn mee hoon goreng, kuih 2 jenis n air sirap, daku ade baca pengalaman kelas antenatal yg diadakn oleh tpt lain hanya diberi biskut kering). dlm kul 12 tu kelas da siap. jgn risau sbb MC akan diberi, FREE!!!!

banyak yg daku tertinggal coretkan kat sini, xpelah kalo nk tau bleh je g. g masa kandungan awal2 stage lg beruntung sbb kt tau ape perlu dibuat masa mengandung ni =)

~SEKIAN~

No comments:

Post a Comment

jemput komen..