nuffnang ads

Friday, November 2, 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia



sesiapa yang layak boleh la mula isi borang permohonan bantuan rakyat yang Kerajaan Barisan Nasional peruntukkan untuk rakyat ni ye...isi secara online lebih mudah. cuma klik kat link atas ni ye.
rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari 
=)

SYARAT KELAYAKAN:

 •   Isi rumah yang layak (RM500):
  (i)       Warganegara Malaysia;
  (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan 
                     berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke 
                     bawah (dalam rumah yang sama).
  (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  •   Individu yang layak (RM250):
  (i)       Warganegara Malaysia;
  (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

---------------------------------------------------
daku secara automatiknya x layak. tahun lepas pn x layak sbb daku bujang n x menanggung sesiapa even gaji bulanan x mencecah RM3k (tahun lepas x plak diperuntukkn tuk org bujang ye huhu). 
Tahun ni plak da berkahwin n pendapatan isi rumah daku n suami da melebihi RM3k. huhu xpelah semoga rezeki kami melimpah ditempat lain

~SEKIAN~

1 comment:

jemput komen..